Rabu, 9 Julai 2014
Kehidupan
assalamualaikum dan selamat sejahtera. salam perkenalan semua. hari demi hari, langkah demi langkah, masa demi masa, aku semakin dewasa. aku adalah seorang insan yang biasa. jika ingin difikirkan aku adalah seorang yang sangat berdosa. dahulu, hidup aku bergelumang dengan kenakalan anak anak muda. ketika itu, aku juga pernah melakukan perkara yang sangat memalukan ibu bapa ku. sehinggakan, ibu bapa ku terpaksa menahan malu, menutup muka kerana dia telah dipanggil ke mahkamah untuk melawat aku di sana. ketika itu, aku sempat menoleh ke arah bapa ku yang berjalan ke arah pintu masuk mahkamah. pakaian nya yang lusuh dengan riak muka nya yang kecewa, aku hampa. sambil aku menoleh ke arah ibu ku, saat itu lah air mata ku terus mengalir deras membanjiri trak polis. aku disabitkan dengan kes merompak. aku telah direman selama satu minggu. ketika itu baru aku sedari bahawa bertapa bodoh nya aku. kerana, hidup aku tidak pernah tak makan, tak pernah tak minum, tidur dengan selesa. tetapi aku tetap melakukan perkara yang jahat itu. suatu hari, aku telah tersedar, sampai bila aku ingin melakukan perkara seperti itu. adakah sampai aku beristeri, sampai aku menjadi seorang ayah, atau sampai aku memiliki anak cucu??
Langgan:
Ulasan (Atom)